BM | EN | 中文

Semakan semula cukai tanah turut beri manfaat pada rakyat

Syahrul-Nizam-Zainal-01-scaled.jpg

Syahrul Nizam Zainal

Advertisement

JOHOR BAHRU, 14 JAN: Rata-rata rakyat negeri ini berharap semakan semula cukai tanah yang berkuatkuasa pada 1 Januari lalu akan memberi situasi menang-menang kepada kedua-dua pihak, iaitu kerajaan negeri dan pemilik tanah.

Seorang peniaga, Syahrul Nizam Zainal, 28, memberitahu, tindakan kerajaan menyemak semula kadar cukai tanah bagi tahun 2020 ini mempunyai kelebihan dan kekurangan.

“Bagaimanapun saya percaya keputusan ini akan memberi kelebihan bukan sahaja kepada kerajaan negeri, tetapi juga kepada rakyat negeri ini.

Advertisement

“Ini kerana hasil bayaran cukai itu akan turut digunakan untuk tujuan pembangunan rakyat,” katanya kepada Johorkini.

Sementara itu, seorang pekerja swasta, Siti Maishara Supaid, 34, pula memberitahu, pihaknya bersedia untuk membayar semakan kadar cukai tanah baharu, namun berharap akan turut menerima manfaat daripadanya.

Siti Maishara Supaid

“Kenaikan cukai tanah itu tidak boleh dielakkan, namun saya berharap agar pemilik hartanah juga menerima manfaat daripadanya.

Advertisement

“Antaranya perkhidmatan yang lebih cekap daripada pihak berkuasa tempatan,” ujarnya.

Menteri Besar, Datuk Dr Sahruddin Jamal sebelum ini telah membuat kenyataan bahawa semakan semula cukai tanah itu tidak akan menjejaskan masyarakat golongan B40.

Katanya, cukai tanah untuk rumah pangsa dan rumah bertingkat sederhana dikekalkan manakala peningkatan mendadak yang berlaku melibatkan tanah berstatus NIL/TIADA.

Advertisement

“Memang ada sedikit peningkatan terhadap cukai tanah, namun ia tidak membebankan golongan B40.

“Isu berlaku peningkatan mendadak itu melibatkan tanah berstatus NIL. Jadi pemilik tanah berstatus NIL perlu tukar dahulu status tanah mengikut keadaan semasa,” katanya ketika menghadiri program Minum Petang bersama media yang diadakan di Sangkar Kristal, 9 Januari lalu.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top