BM | EN | 中文

Semakan semula cukai tanah tidak bebankan golongan B40

IMG-20200109-WA0012.jpg

Dr Sahruddin beramah mesra bersama sebahagian petugas media di negeri ini dalam majlis yang diadakan di Sangkar Kristal, Taman Pelangi.

Advertisement

JOHOR BAHRU, 9 JAN: Semakan semula kadar cukai tanah di negeri ini bermula 1 Januari lalu tidak membebankan golongan masyarakat berpendapatan rendah iaitu golongan B40.

Menteri Besar, Datuk Dr Sahruddin Jamal berkata, hal itu kerana kadar cukai tanah bagi rumah pangsa jenis murah dan rumah bertingkat sederhana dikekalkan.

“Memang ada sedikit peningkatan terhadap cukai tanah, namun ia tidak membebankan golongan B40.

Advertisement

“Isu berlaku peningkatan mendadak itu melibatkan tanah berstatus NIL. Jadi pemilik tanah berstatus NIL perlu tukar dahulu status tanah mengikut keadaan semasa,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada wartawan semasa menghadiri majlis Minum Petang Bersama Petugas Media yang diadakan di Sangkar Kristal, di sini hari ini.

Tambah Dr Sahruddin, bagi memudahkan urusan penukaran status tanah NIL, kerajaan negeri telah melancarkan program Fast Track NIL bermula hari ini hingga 31 Mac 2020.

Advertisement

“Penukaran status tanah NIL biasanya memakan masa, namun menerusi program ini, penukaran status tanah NIL boleh diselesaikan dalam tempoh tujuh hari bekerja.

“Mereka juga tidak perlu membayar terlebih dahulu cukai tanah itu tetapi tukar status NIL kepada status semasa kemudian baharu membayar cukai tanah,” ujarnya.

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top