BM | EN | 中文

SEMAKAN SEMULA CUKAI TANAH TAK BEBANKAN GOLONGAN B40

IMG-20191121-WA0021.jpg
Advertisement

 

ISKANDAR PUTERI, 21 NOV : Kerajaan negeri akan membuat semakan semula kadar cukai tanah berkuat kuasa pada 1 Januari 2020.

Menteri Besar Johor, Dr Sahruddin Jamal berkata, langkah berkenaan bagaimanapun tidak akan membebankan golongan berpendapatan rendah khususnya B40.

Advertisement

Katanya, tiada kenaikan cukai tanah yang melibatkan rumah kediaman strata kos rendah dan sederhana.

“Pengurangan cukai tanah sebanyak 50 peratus kepada golongan pesawah padi. Golongan petani juga akan mendapat manfaat berikutan penghapusan cukai parit dan tali air.

“Berdasarkan kedudukan kewangan negeri yang terus berdaya tahan, maka kerajaan negeri mencadangkan anggaran perbelanjaan pada tahun 2020 adalah sebanyak RM1,783.63 juta.

Advertisement

“Jumlah anggaran perbelanjaan ini mencatatkan peningkatan sebanyak RM234.29 juta berbanding anggaran peningkatan hasil sebanyak RM233.22 juta yang disebutkan tadi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Belanjawan Johor 2020 pada Mesyuarat Ketiga (Belanjawan 2020) Bagi Penggal Persidangan Kedua Dewan Negeri Johor Yang Ke-14, di sini hari ini.

Dr Sahruddin berkata, kenaikan tersebut disebabkan oleh pertambahan peruntukan bagi perbelanjaan pembangunan.

Advertisement

Jelasnya, ini bermakna, lebihan anggaran hasil kesan pindaan cukai tanah dikembalikan semula kepada rakyat melalui peningkatan perbelanjaan produktif yang memberi manfaat kepada kesejahteraan rakyat dan merangsang pertumbuhan eknomi negeri Johor.

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top