BM | EN | 中文

Semakan kontak pesakit Covid-19 jangan sekadar rujuk alamat di kad pengenalan – Adun Jementah

Semakan-kontak-pesakit-Covid-19-jangan-sekadar-rujuk-alamat-di-kad-pengenalan-Adun-Jementah.jpg

Tan Chen Choon (dua dari kanan) menaja sebuah projektor dan dua buah mesin cetak kepada SRJK(C) Tah Kang, New Yik Keong (kiri)

Advertisement

SEGAMAT, 5 MEI: Adun Jementah, Tan Chen Choon menggesa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menambahbaik prosedur operasi standard (SOP) ujian saringan wajib bagi kontak rapat kepada kes positif Covid-19 terutamanya mereka yang tinggal di daerah yang berbeza.

Katanya, cara KKM menetapkan senarai nama ujian saringan wajib berdasarkan alamat tinggal pesakit dengan rujukan alamat di kad pengenalan mengikut daerah masing-masing melambatkan kerja ujian saringan.

“Cara ini perlu dikaji semula dan ditambahbaik.

Advertisement

“Saya ingin mencadangkan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) harus segera mengaturkan mana-mana kontak rapat kepada kes positif Covid-19 yang dikesan untuk membuat ujian saringan di klinik kesihatan berhampiran walaupun kontak rapat tersebut tinggal di daerah berlainan.

“Hal ini kerana PKD tersebut telah mempunyai maklumat lengkapnya,” katan Tan dalam satu kenyataan.

Menurut beliau, baru-baru ini terdapat kes positif Covid-19 melibatkan pelajar Sekolah Menengah Persendirian Pei Hwa. Ledang dan PKD Tangkak menjalankan ujian saringan wajib RT-PCR keatas kontak rapat pelajar kes positif Covid-19 tersebut di Klinik Kesihatan Jalan Payamas.

Advertisement

Tetapi, ujian saringan yang dijalankan itu hanya terhad kepada kontak rapat yang tinggal di Tangkak sahaja dengan merujuk kepada alamat di Kad Pengenalan pelajar.

Namun, pelajar-pelajar yang tinggal di luar Tangkak merujuk kepada alamat di kad pengenalan tidak dipanggil menjalani ujian saringan tersebut walaupun mereka merupakan kontak rapat.

“Dua hari kemudian selepas kes positif Covid-19 pelajar di Sekolah Menengah Persendirian Pei Hwa disahkan, saya menerima enam aduan tentang pelajar yang tinggal di luar daerah Tangkak dengan empat aduan daripada ibu bapa yang tinggal di Jementah, Segamat dan dua daripada ibu bapa yang tinggal di bandar Segamat tidak dipanggil untuk membuat ujian saringan wajib – RT-PCR di Tangkak.

Advertisement

“Semua ibu bapa mengadu kebimbangan dan kerisauan mereka terhadap risiko jangkitan Covid-19 anak-anak masing-masing kerana terdapat ahli keluarga yang lain.

“Jika anak mereka telah disahkan positif Covid-19, ahli keluarga yang lain juga berisiko tinggi dijangkiti,” ujarnya.

Tan memaklumkan perkara itu kepada pegawai PKD Tangkak dan Segamat dan difahamkan senarai nama ujian saringan wajib ditetapkan berdasarkan alamat tinggal pesakit merujuk kepada alamat di kad pengenalan mengikut daerah masing-masing.

Advertisement

“Kemudian baru akan dipanggil ke klinik kesihatan yang diaturkan PKD untuk membuat ujian saringan.

“Pada masa itu, saya dimaklumkan oleh PKD Segamat bahawa mereka belum menerima sebarang senarai nama pelajar yang tinggal di luar Dareah Tangkak dari PKD Tangkak.

“Selepas penyelarasan antara saya dan pegawai dari kedua-dua PKD, akhirnya aduan di atas diselesaikan di mana 6 orang pelajar tersebut dipanggil untuk membuat ujian saringan di Tangkak dan Segamat,” kata Tan.

Advertisement

Justeru itu, beliau menggesa KKM menambahbaik SOP ujian saringan wajib bagi kontak rapat kepada kes positif Covid-19 terutamanya mereka yang tinggal di daerah yang berbeza.

“Saya juga ingin menyeru agar orang ramai mengambil inisisitif sendiri dengan membuat ujian saringan di klinik swasta sekiranya status kewangan mengizinkan,” ujarnya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top