BM | EN | 中文

Semakan buku teks sejarah tingkatan 4 dijalankan pakar bidang – Teo Nie Ching

buku-teks-digital-sejarah-tingkatan.jpg
Advertisement

KULAI, 24 FEB: Bekas timbalan menteri pendidikan Teo Nie CHing menegaskan semakan buku teks sekolah, dijalankan pakar sejarah, pensyarah universiti awam, guru-guru cemerlang sejarah, pegawai kurikulum dalam Jawatankuasa Kerja Penambahbaikan Mata Pelajaran Sejarah serta panel rujukan.

Menurut Nie CHing, antara pakar terlibat adalah Abdullah Zakaria Ghazali dari Kolej Universiti Islam Melaka, Sivamurugan Pandian dari Universiti Sains Malaysia, Ishak Saat dari Universiti Pendidikan Sultan Idris, Bilcher Bala dari Universiti Malaysia Sabah, Neilson Ilan Mersat dari Universiti Malaysia Sarawak, Rohani Ab Ghani dari Universiti Utara Malaysia, dan Ho Hui Ling dari Universiti Malaya.

Panel itu dipengerusikan Kamaruzaman Yusoff dari Universiti Teknologi Malaysia.

Advertisement

“Kami serahkan kepada kumpulan profesional,” katanya, lapor portal Free Malaysia Today (FMT).

Beliau mengulas dakwaan Pemuda Umno bahawa terdapat fakta dimanipulasi dalam buku teks Sejarah Tingkatan 4 dan menegaskan Pakatan Harapan (PH) tidak terbabit dalam semakan buku teks sekolah itu.

Pemuda Umno hari ini dilaporkan menggesa Kementerian Pendidikan menarik balik buku teks sejarah Tingkatan 4 dan mendakwa terdapat unsur fakta dimanipulasikan dengan mengagungkan komunis sebagai pejuang kemerdekaan.

Advertisement

Ketua Pemuda Umno, Asyraf Wajdi Dusuki juga mendakwa terdapat unsur memfitnah dan menohmah orang Melayu sebagai barua atau orang suruhan pihak penjajah Jepun untuk menentang komunis dan Malayan People Anti-Japanese Army (MPAJA).

Asyraf juga mendakwa kerajaan lepas secara ‘secara halus dan dan tersirat’ mengangkat anggota komunis dan MPAJA sebagai perwira dan pejuang kemerdekaan yang wajar diberikan pengiktirafan.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top