BM | EN | 中文

Semak semula keberkesanan PdPR

Sharon-Teo-Siew-Hui.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 11 JUL: Kerajaan disaran membuat semakan semula sistem Pengajaran dan Pembelajaran dari Rumah (PdPR) berikutan terdapat kes-kes pelajar yang semakin tertekan dengan sistem berkenaan.

Penolong Setiausaha Parti Amanah Negara (AMANAH) Johor, Sharon Teo berkata, PdPR untuk jangka masa sementara dilihat berkesan namun bagi jangka masa panjang ia lebih mencabar kerana pelajar bergantung sepenuhnya kepada mereka di rumah, antaranya ibu bapa.

“Masalahnya adalah tahap persediaan ibu bapa dalam mewujudkan suasana pendidikan mengikut standard yang ditetapkan oleh pendidikan mereka,” ujarnya.

Advertisement

Beliau sebelum ini pernah meminta kerajaan membentangkan prestasi pelajar sepanjang PdPR selain isu liputan ‘internet’ di seluruh kawasan mengikut peratusan dari tinjauan yang telah dibuat.

Tambahnya lagi, liputan internet penting bagi memastikan tiada pelajar ketinggalan ketika sesi persekolahan dibuka semula.

“Kita juga meminta agar kerajaan mengenal pasti peratusan pelajar yang tertinggal dalam sistem PdPR.

Advertisement

“Ia bagi membantu pelajar tersebut untuk menampung semula pendidikan yang mereka tinggalkan.

“Contohnya di Johor, terdapat beberapa lokaliti lebih 40 peratus pencapaian ‘internet’nya lemah dan hampir 20 peratus di lokaliti yang dimaksudkan mempunyai capaian ‘internet’ separa lemah.

“Ini membimbangkan kerana pelajar yang tinggal di kawasan berkenaan pastinya akan mengalami masalah tertinggal pelajaran yang dijalankan secara atas talian sekarang ini,” ujarnya lagi.

Advertisement

Sebelum media melaporkan mengenai pelajar tertekan susulan sesi pembelajaran di rumah sehingga ada yang sanggup melakukan perbuatan di luar jangka seperti membunuh diri.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top