JOHOR BAHRU, 26 SEPT: Kualiti udara di seluruh negeri Johor kekal pada tahap sederhana buat hari kedua berturut-turut dengan setiap stesen mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) bawah 100.
Berdasarkan bacaan IPU terkini di portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) setakat jam 11 pagi tadi, kesemua lapan stesen di Johor merekodkan bacaan yang lebih baik berbanding tengah hari semalam.
Bacaan IPU di Tangkak berada pada paras 57 berbanding 67 yang direkodkan semalam, Segamat menurun dari 81 kepada 73, Batu Pahat dari 74 kepada 53 , Kluang dari 64 kepada 53, Larkin dari 73 kepada 70, Pasir Gudang dari 70 kepada 68 , Kota Tinggi dan Pengerang berkongsi bacaan, dari 62 kepada 57.
Keadaan jerebu yang melanda negara dijangka akan beransur pulih susulan fasa Monsun Peralihan yang bermula pada 24 Sept.
Johorkini