BM | EN | 中文

SELUDUP, EDAR ROKOK TAK BERCUKAI TUMPAS DI KLUANG

Gambar-hiasan-rokok-tak-bercukai.jpg
Advertisement

Gambar Fail

KLUANG, 22 OGOS: Polis Johor berjaya menumpaskan satu kegiatan penyeludupan dan pengedaran rokok tidak bercukai susulan satu serbuan di sebuah rumah di Taman Muhibbah, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kluang ACP Mohd Abduh Ismail berkata serbuan berkenaan dilakukan oleh sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Daerah Kluang pada pukul 3.45 petang.

Advertisement

Katanya, hasil pemeriksaan di rumah berkenaan, pihaknya berjaya menahan seorang lelaki berumur 30-an dipercayai penghuni rumah terbabit bersama dengan 846 karton rokok pelbagai jenis dan minuman keras yang dipercayai tidak bercukai.

“Nilai rampasan keseluruhan lebih kurang RM42,582 dan kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967.

“Jika sabit kesalahan suspek boleh dijatuhi hukuman denda tidak kurang 10 kali ganda nilai rampasan atau RM100,000 atau penjara tidak kurang enam bulan dan tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Advertisement

Bernama

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top