BM | EN | 中文

Seludup dadah ke Singapura guna dron, Polis Johor berkas ‘Boy Setan’

polis-jenayah.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 24 JUN: Seorang lelaki warga Singapura dikenali sebagai ‘Boy Setan’ yang merupakan suspek utama bagi kes penyeludupan dadah menggunakan dron ke republik itu berjaya ditahan polis dalam serbuan di sebuah kondominium di Johor Bahru, semalam.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman Datuk Ramli Din berkata suspek berusia 40 tahun itu ditahan sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kontinjen Johor, hasil maklumat dan risikan yang dijalankan.

“Siasatan masih dijalankan JSJN Johor dan permohonan reman akan dilakukan dalam masa terdekat,” katanya, lapor Bernama.

Advertisement

Semalam, Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, berkata lelaki itu yang nama sebenarnya Mohamad Azli Ahmad Said, 40, turut dikehendaki pihak berkuasa Singapura kerana kesalahan berkaitan dadah.

Sabtu lepas, polis telah menangkap dua lelaki Singapura kerana menggunakan dron untuk menyeludup dadah ke Singapura dari Malaysia.

Menurut Pasukan Polis Singapura (SPF) dan Biro Narkotik Pusat (CNB), data penerbangan yang diambil daripada telefon salah seorang suspek menunjukkan dron itu diterbangkan dari Kranji, Singapura ke Johor Bahru sebelum kembali semula ke Kranji.

Advertisement

Susulan maklumat itu, polis Singapura turut menahan seorang wanita berusia 24 tahun dan seorang lelaki berusia 40 tahun untuk siasatan lanjut.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top