BM | EN | 中文

Seludup dadah ke Austraia: Polis tak tolak kemungkinan penglibatan individu lain di Malaysia

Datuk-Razarudin-Husain.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 31 OKT: Polis tidak menolak kemungkinan bahawa terdapat penglibatan individu lain di negara ini, dalam kes penahanan seorang rakyat Malaysia yang disyaki cuba menyeludup sebanyak 450 kilogram heroin bernilai RM431.8 juta ke negara Australia, baru-baru ini.

Bagaimanapun Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman Datuk Razarudin Husain berkata pihaknya tidak boleh mendedahkan sebarang maklumat ketika ini, memandangkan ia masih dalam peringkat siasatan.

Beliau berkata siasatan kes berkenaan juga dijangkakan akan mengambil masa kira-kira satu atau dua bulan.

Advertisement

“Sindiket seperti ini menggunakan modus operandi yang terlalu kompleks, jadi siasatan mahu pun operasi perlu dibuat dengan sebaiknya.

“Kita masih menyiasat…memang ada penglibatan (individu lain) di sini, tetapi kita tidak boleh dedahkan awal,” katanya kepada pemberita dalam sidang media, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas sekiranya terdapat penglibatan individu lain dalam kes penyeludupan dadah ke negara itu melibatkan seorang lelaki rakyat Malaysia berusia 38 tahun.

Advertisement

Razarudin pada masa sama berkata pihaknya juga sentiasa bekerjasama dan berkongsi maklumat dengan pihak Polis Persekutuan Australia dalam menyiasat kes itu.

Pada 16 Okt lepas, media asing melaporkan pihak berkuasa Australia menahan seorang lelaki warga Malaysia serta merampas dadah yang dibawanya dalam kontena, yang didakwa berisi jubin daripada Malaysia dan menghala ke Melbourne.

Bernama

Advertisement

 

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top