JOHOR BAHRU, 22 FEB: Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hasan Abdul Karim akan membuka kaunter aduan rakyat biro kebajikan parlimen berkenaan malam ini.
Kaunter tersebut dibuka dari jam 6 petang hingga 9 malam bertempat di Pasar Malam Tasek 62 dekat Bandar Seri Alam, di sini.
Berikutan itu, orang ramai yang mempunyai pelbagai masalah termasuk aduan kebajikan, masalah perumahan, masalah infrastruktur, masalah dan lain-lain dijemput hadir.
Orang ramai juga diminta membawa bersama dokumen pengenalan diri.
JohorKini