BM | EN | 中文

Selepas Pagoh, ahli Bersatu Pulai pula keluar parti, ada cawangan terbubar

Bersatu-Pulai-keluar-parti.png

JOHOR BAHRU, 17 OGOS: Selepas 1,000 ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Pagoh mengumumkan keluar parti hujung minggu lalu, pengumuman serupa turut dibuat di bahagian Pulai dekat sini, semalam.

Dalam satu sidang media melalui video yang tular semalam, dikatakan sebuah cawangan Bersatu dalam parlimen Pulai turut terbubar apabila ahli parti itu mengumumkan peletakan jawatan.

“Saya Amiruddin Hamzah, ketua cawangan Pengkalan Rinting, nombor ahli 175935 bersama-sama ahli jawatankuasa cawangan Pengkalan Rinting yang lain serta ahli-ahli Bersatu dari cawangan Cempaka, cawangan Bukit Kempas dan cawangan Bukit Mewah ingin menyatakan rasa kecewa terhadap pimpinan tertinggi parti pada masa ini yang dipimpin oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Kami juga telah hilang kepercayaan terhadap Bersatu, dan dengan ini sebulat suara tanpa ada rasa paksaan memberikan sokongan sepenuhnya kepada pimpinan ayahanda Tun Dr Mahathir.

“Dengan ini saya serta seluruh ahli Bersatu yang ada pada hari ini mengumumkan keluar daripada Bersatu berkuatkuasa serta merta. Hidup pejuang! ” kata individu tersebut pada sidang media tersebut.

Beliau yang juga selaku Ketua Cawangan Bersatu Pengkalan Rinting, turut membubarkan cawangannya itu.

Pada sidang media sama, individu tersebut turut berikrrar akan taat setia dan bersama-sama menyokong bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir.

Pada 14 Ogos, pengasas Bersatu bahagian Pagoh Abd Wahab Ibrahim antara yang mengumumkan keluar daripada parti itu berkuatkuasa serta-merta.

Pada 11 Ogos, Pemangku Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Johor, Shaiful Rizal Mohd Salleh turut mengumumkan keluar parti.

Ia didahului oleh peletakan jawatan cucu kepada bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Dr Ismail Abdul Rahman, Tariq Ismail Mustafa dan Ketua Armada bahagian Muar, pada minggu yang sama.

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top