BM | EN | 中文

Selepas Mustapa Mohamed, Rina Harun pula positif Covid-19

Rina-Harun.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 11 JAN: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat hari ini memaklumkan status ujian virus Covid-19 membabitkan menterinya Rina Harun.

“Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah disahkan positif Covid-19 setelah mendapat keputusan ujian saringan malam tadi,” maklum kenyataan pejabat kementerian itu.

Ini setelah Menteri di JPM (Ekonomi) Mustapa Mohamed positif virus itu dua hari lalu.

Advertisement

Semua menteri yang hadir mesyuarat kabinet Rabu lalu diberitahu untuk menjalani ujian Covid-19,

Malaysiakini memetik sumber di Putrajaya memaklumkan, sekitar 10 anggota kabinet turut diperintahkan untuk menjalani kuarantin, setelah dikenal pasti sebagai kontak rapat Mustapa.

Ini menyebabkan banyak program yang dijadualkan untuk para menteri dibatalkan pada saat-saat akhir, kerana mereka perlu bergegas untuk melakukan ujian swab.

Advertisement

Beberapa ahli kabinet melakukan ujian saringan semalam setelah mengetahui keputusan ujian Mustapa.

Beberapa yang lain telah melakukan ujian mereka pagi ini atau akan melakukannya hari ini. Ini termasuk Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob; Menteri Sains, Teknologi, dan Inovasi Khairy Jamaluddin; dan Menteri Pengajian Tinggi Noraini Ahmad.

Untuk rekod, Mustapa menerima keputusan ujiannya pada Sabtu malam, dan sejak itu dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II di Kota Bharu, Kelantan untuk mendapatkan rawatan.

Advertisement

Berita mengenai hasil ujiannya hanya dilaporkan petang semalam, setelah pejabatnya mengeluarkan siaran akhbar memaklumkan keputusan ujian Covid-19 ahli parlimen Jeli itu.

Beberapa menteri yang melakukan ujian mereka setelah Mustapa sudah mendapat keputusannya semalam. Difahamkan, ada lagi anggota kabinet didapati positif.

Johorkini

Advertisement

 

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top