BM | EN | 中文

Selepas muatnaik gambar projek bangunan, Annuar Musa ditegur Monoloque, disindir Yuna

Annuar-Musa-Quranic-Village.png
Advertisement

KUALA LUMPUR, 31 OKT: Selepas memuatnaik gambar lakaran artis mengenai pembinaan ‘perkampungan Quran’ di laman twitter, Menteri Wilayah Annuar Musa mendapat teguran warganet termasuk para artis terkenal tanahair.

Annuar dalam kiriman di laman twitter beliau semalam berkata rekabentuk Quranic Village (perkampungan Al-Quran) telah hampir siap dan kerajaan pada dasarnya bersetuju, dipercayai berhubung pembinaan bangunan itu.

“Peruntukan awal sudah diluluskan dan tapak 20 ekar juga sudah diluluskan.

Advertisement

“Kita akan memulakan pembinaan 2021 Insyaalah. Satu-satunya projek di dunia Islam. Biar Malaysia mempeloporinya,” kata Annuar Musa.

Bagaimanapun, tulisannya itu mengundang teguran, antaranya peneraju kugiran rock Butterfingers, iaitu Monoloque.

“Alamak! apakah maknanya semua ini ? Apa kata YB Menteri guna dana jutaan ini untuk majukan dulu kepentingan negara, gilap balik identiti negara, selamatkan budaya negara, julang semula Bahasa Malaysia.

Advertisement

“Ini nama pun “Village”? “Pavilion bagai? Kenapakah bermentaliti sebegini? soal Monoloque.

Manakala penyanyi dan penulis lagu Yuna dalam tulisannya tidak mengkritik Annuar secara langsung, namun dengan nada menyindir dipercayai agar menteri itu membangunkan manusia terlebih dahulu, sebelum membina bangunan.

“Build people, not buildings (bina manusia, bukannya bangunan),” tulis artis yang berasal dari Ipoh itu.

Advertisement

Kira-kira sejam selepas Annuar memuatnaik gambar dan mendapat kecaman warganet, ahli parlimen Ketereh itu membalas bahawa ada banyak lagi projek infrastruktur lain yang dibina.

“Ada yang bangga bila buat Lapangan Terbang, walau sudah ada airport berdekatan.

“Bangga buat terowong bawah laut, walau ada dua jambatan merentasi laut. Bangga nak buat menara walau dah bersepah menara di Kl.

Advertisement

“Tapi bila nak buat Mesjid, Pusat Quran mereka mula negatif,” kata Annuar lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top