BM | EN | 中文

Selepas lebih dua dekad Johor sedia anjur Sukma gilang-gemilang

sukma-johor.png
Advertisement

JOHOR BAHRU 7 OGOS: Bahang kehadiran Sukan Malaysia edisi ke 20 (SUKMA XX) semakin terasa dengan pelancaran logo dan maskot rasmi temasya itu yang berlangsung di Hotel Impiana, Senai hari ini.

Kali terakhir Johor diberi penghormatan menjadi tuan rumah temasya SUKMA adalah pada edisi keempat tahun 1992.

Untuk edisi kali ini, Jawatankuasa Penganjur komited untuk menjadikan SUKMA edisi ke-20 ini antara yang terbaik dalam sejarah penganjurannya sejak 1986.

Advertisement

Menteri Besar Johor, YAB Datuk Dr Sahruddin Jamal yakin rakyat Malaysia akan merasai kehangatan SUKMA XX apabila temasya ini semakin hampir dan menjanjikan sesuatu yang memukau menjelang saingan yang akan bermula.

“Kami mahu penglibatan seluruh negara dan memupuk semangat kesukanan untuk generasi akan datang bukan sahaja semasa temasya berlangsung malah selepas berakhirnya SUKMA XX.

“Dengan penambahbaikan dan pembinaan beberapa fasiliti dan infrastruktur baharu, Johor sudah pasti akan menjadi kuasa besar sukan dalam masa akan datang, sama ada menjadi penganjur temasya bertaraf dunia atau melahirkan atlet muda untuk negara,” kata Sahruddin.

Advertisement

Beliau menambah SUKMA XX merupakan temasya yang berprestij di negara kita dan kami berbangga dapat diberi peluang untuk menunjukkan kemampuan dan keupayaan kami untuk menganjurkan satu temasya yang gilang-gemilang.

Tiga puluh lapan venue di sekitar Johor akan digunakan untuk 30 acara sukan yang akan melibatkan 14 buah kontinjen dan negara Brunei dengan seramai 11,000 atlet sepanjang temasya SUKMA XX berlangsung tahun depan.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top