BM | EN | 中文

SELEPAS JEREBU, SIAP SEDIA BANJIR

IMG-20191004-WA0001.jpg
Advertisement

Baru-baru ini kita ‘diserang’ dengan jerebu yang membimbangkan kesihatan semua orang khususnya anak-anak yang sedang belajar sampaikan kerajaan terpaksa menutup sesi persekolahan buat sementara waktu.

Kejadian ini sering berlaku pada setiap tahun apabila kebakaran hutan terjadi di Sumatera dan Kalimantan.

Ada yang mendakwa ini gara-gara peladang kelapa sawit yang ‘mengemas’ ladang mereka untuk penanaman baharu.

Advertisement

Ada juga yang menepis dakwaan dengan mengatakan ia disebabkan fenomena cuaca El Nino yang melanda.

Dilaporkan terdapat lebih daripada 42,000 hektar tanah di Indonesia telah dibakar sejak Januari tetapi mengapa jerebu menjadi teruk hanya baru-baru ini?

Mari kita bertanya kepada alam yang selalu kita abaikan ‘suara’nya. Kecil-kecil dulu kita selalu dengar lagu, “Tanya sama pokok, apa sebab goyang…”. Itu kan petanda bahawa kita patut dengar ‘jawapan’ alam.

Advertisement

El Nino yang dijadikan alasan kepada kebakaran hutan itu barangkali ada benarnya kerana fenomena ini terjadi pada pertengahan tahun, berada di kemuncak pada akhir tahun dan menjadi lemah menjelang awal tahun berikutnya. Tempohnya mengambil masa 6 hingga 18 bulan.

El Nino ialah peristiwa air permukaan laut menjadi lebih panas di Lautan Pasifik. Akibatnya alam bertindak balas dengan atmosfera udara akan bertambah lembab di atasnya. Udara lembab cepat terpeluwap lalu membentuk kawasan ribut petir dan hujan lebat di kawasan berkenaan.

Lautan Pasifik itu berada di benua Amerika. Kita di Asia berada di sebelah Barat Lautan Pasifik.

Advertisement

Kesannya di Asia ialah tekanan atmosfera meningkat hingga menyebabkan cuaca semakin kering. Maka, mudahlah terjadi kebakaran hutan.

Pergerakan permukaan laut yang panas tadi bergantung juga kepada arah angin. Kita pernah belajar dahulu kan tentang angin monsun Barat Daya dan monsun Timur Laut?

Monsun Barat Daya terjadi sekitar bulan Jun hingga Ogos, manakala monsun Timur Laut ialah sekitar bulan November hingga Februari.

Advertisement

Monsun Barat Daya baru sahaja melewati kita baru-baru ini ditambah dengan keadaan El Nino di Lautan Pasifik menyebabkan Sabah dan Sarawak mengalami hujan yang jauh bawah dari paras purata.

Semenanjung Malaysia juga mengalami hal serupa dengan hujan bawah paras purata.

Jadi, apabila cuaca kering dan panas, kebakaran hutan mudah terjadi. Kita ketepikan dahulu faktor manusia yang mengambil kesempatan membakar ladang mereka dalam tempoh yang sama.

Advertisement

Asap yang dilepaskan di Sumatera dan Kalimantan dibawa oleh angin Monsun Barat Daya ke Malaysia diikuti dengan cuaca kering menambahkan rasa hangat dan tidak selesa masyarakat baru-baru ini.

Sekarang sudah masuk peralihan angin monsun Barat Daya ke monsun Timur Laut pula. Angin yang bertukar ke lawan arah pula menyaksikan isu jerebu kian sepi.

Ini kerana jika masih berlaku kebakaran sekali pun, asap itu telah dibawa angin ke arah Barat Daya iaitu menuju ke Lautan Hindi.

Advertisement

Serentak dengan peralihan angin monsun, udara sejuk yang meluru dari Siberia di utara membawa juga hujan yang sedang kita rasakan. Maka, bertambah cepatlah reda jerebu yang kita bimbangkan tempoh hari.

Apabila nanti musim monsun Timur Laut tiba, maka terhasillah hujan lebat yang menyebabkan banjir besar di beberapa negeri kita iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang Johor Timur dan juga Sarawak. Jadi, sekarang merupakan petanda untuk kita bersiap sedia.

Begitulah alam dijadikan Tuhan untuk menyeimbangkan atmosfera udara yang berubah-ubah sesuai dengan sunnatullah.

Advertisement

Usah kita terlalu sibuk menyalahkan siapa punca penyebab jerebu sahaja. Nanti datang pula musim banjir, dicari pula salah siapa. Fahamilah alam dan fikirkan bersama bagaimana untuk tidak mengeruhkan keadaan semulajadi yang berubah-ubah.

Kalau tidak, kita akan selamanya disibukkan dengan saling menuding jari. Tuhan minta kita berfikir dan bertindak dengan bijak sesuai dengan aturan alam yang dibuatNya.

Jika campur tangan manusia menambahkan susah masyarakat, eloklah pihak berwajib terus menerus berbincang mencari solusi bukan reaksi.

Advertisement

RUJUKAN:
https://www.malaysiakini.com/news/491862
https://theconversation.com/indonesia-drags-its-feet-on-asean-haze-treaty-81779
http://www.met.gov.my/pendidikan/cuaca/fenomenacuaca

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top