BM | EN | 中文

Selepas empat tahun hidup serba kekurangan, Syawal makcik Idah kali ini lebih ceria

Selepas-empat-tahun-hidup-serba-kekurangan-Syawal-makcik-Idah-kali-ini-lebih-ceria.jpg
Advertisement

KULAI, 15 MEI: Sudah empat tahun makcik Faridah tinggal di dalam rumah dengan keadaan yang gelap serta tidak terurus.

Semua ini berlaku susulan insiden kebakaran melibatkan dapur rumahnya empat tahun lalu, dan semenjak itu kehidupan Makcik Faridah mula berubah.

Lebih hiba, beliau tinggal di rumah dalam suasana yang suram, lebih-lebih lagi berdepan masalah akibat sistem pendawaian elektrik yang tidak mampu dibaikinya.

Advertisement

Dengan keadaan dirinya yang sudah berumur, manakala anak-anaknya sukar membantu kerana tinggal di lokasi berbeza, sudah tentu persiapan hari raya sukar dibuat.

Beliau tentu tidak dapat membayangkan suasana hari raya kali ini, lebih-lebih lagi dalam penguatkuasaan PKP.

Dirumahnya tidak ada televisyen. Maka makcik Faridah, yang lebih mesra dipanggil makcik Idah yang duduk bersendirian, sering berasa sunyi dan tertekan menyebabkannya membela sebanyak tujuh ekor kucing di dalam rumah.

Advertisement

Justeru, keadaan itu menyebabkan rumahnya kotor dan mendatangkan bau kurang selesa.

Namun, beliau seorang yang berhati mulia. Menurut jiran berhampiran, makcik Idah seorang yang sangat pemurah walaupun dia sendiri tidak semewah mana.

Apa yang dia ada, akan turut dikongsi bersama jiran yang lain. Makanan, wang dan sebagainya.

Advertisement

Barangkali takdir akan sentiasa menyebelahi orang yang baik seperti makcik Idah.

Keadaan dapur rumah makcik Idah sebelum (kiri) dan selepas (kanan)

Pada Ramadhan kali ini, berkat usaha pegawai khas ahli parlimen Kulai, Marina Ibrahim dan bantuan orang sekeliling, rumah makcik Idah berjaya dibersihkan dan dikemas untuk lebih sempurna.

Bahagian dapur yang usang telah dibaiki. Sistem pendawaian punca rumahnya bergelap telah dibetulkan.

Advertisement

Ruang tamu telah dicat baharu manakala tikar getah pengalas lantai juga telah diganti.

Susunan perabot dilakukan agar menjadikan rumah makcik Idah lebih selesa berbanding sebelum ini.

Pada jangkaan makcik Idah, mungkin mereka yang datang hanya sekadar untuk membantu membersih dan mengemas semula rumahnya.

Advertisement

Tanpa disangka, kerja-kerja gotong royong selama beberapa minggu menghidupkan semula suasana ceria rumah makcik Idah, menjadikannya lebih bersih, kemas dan selesa.

Gotong-royong di kalangan sukarelawan dan bantuan dari penduduk dan rakan menjadi penyumbang agar Syawal kali ini lebih ceria buat makcik Idah.

Menurut Marina, selepas beliau memaparkan rancangan kerja bakti bagi membawa kegembiraan kepada makcik Idah di laman Facebooknya, ramai dermawan tampil.

Advertisement

Pelbagai barangan dan derma diterima. Marina berharap agar usaha murni yang dijalankannya itu dapat diteruskan di masa akan datang.

Pada masa yang sama, atas semangat ‘Kita Jaga Kita’, kesukaran hidup seseorang di dalam kejiranan dapat dipermudahkan dengan cara kerja gotong-royong.

“Semoga Syawal ini akan menjadi Syawal bermakna buat makcik Faridah.

Advertisement

“Mudah-mudahan usaha ini dapat diteruskan untuk membantu mereka yang memerlukan diluar sana,” katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top