BM | EN | 中文

“Selepas ditegur, baru nampak muka MB dan Exco Johor”

Muhamad-Taqiuddin.jpg
Advertisement

PONTIAN, 6 NOV: Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad dan barisan exco akhirnya ‘muncul dan tampil membuat kerja’ selepas ditegur dan beberapa kenyataan media mendesak kerja-kerja membela nasib rakyat diutamakan.

Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) Johor, Muhammad Taqiuddin Cheman berkata, perkara itu menunjukkan kegagalan Hasni mentadbir, dan kenyataan-kenyataannya sebelum ini mengenai kestabilan pentadbiran boleh dianggap sekadar retorik politik.

“Apa yang dilakukan oleh kerajaan Johor hari ini adalah retorik bagi menutup kelemahan dalaman mereka.

Advertisement

“Hakikat yang berlaku adalah benar. Hasni tidak mampu untuk mengendalikan negeri apatah lagi berhadapan dengan exco yang sentiasa mencari peluang untuk menjatuhkan beliau.

“Selepas ditegur oleh Pemuda Parti Amanah, tak semena-mena semua exco tunjuk muka seperti cendawan tumbuh selepas hujan.

“Kita pelik dengan keadaan ini, namun ada beberapa exco yang diyakini, tidak muncul walau sekadar gimik pelancaran atau perasmian sesuatu ‘event’. Inilah kelemahan kerajaan negeri (Johor) hari ini.

Advertisement

Terdahulu hari ini Bernama melaporkan Hasni hadir pada program sesi Ttownhall Jelajah Makmur Johor, di Segamat.

Difahamkan kesemua sepuluh Exco kerajaan negeri Johor hadir, berserta Pegawai Daerah Segamat Nasri Md Ali dan pegawai-pegawai kanan kerajaan.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top