BM | EN | 中文

Selepas dikecam, papan tanda ikonik Pontian dieja dengan betul

PonTiaN.jpg
Advertisement

PONTIAN, 20 SEPT: Selepas mendapat kecaman penduduk Pontian dan warganet, papan tanda ikonik yang baru dibina di daerah ini akhirnya dibaiki mengikut sistem ejaan dan jenis huruf yang betul.

Sebelum ini tular di media sosial Facebook gambar mengenai papan tanda bagi menggantikan sebuah batu arca bagi mengalu-alukan kedatangan ke daerah Pontian, namun dengan sistem ejaan yang tidak tepat.

Rata-rata warganet meminta pihak berkuasa menggantikannya dengan ejaan sebenar dengan sistem huruf yang tepat

Advertisement

Pelbagai reaksi pengguna media sosial yang membantah rekabentuk papan tanda ikonik baru itu antaranya di laman kumpulan GENG PONTIAN.

“Kontraktor tak akan buat tanpa persetujuan dari pihak majlis,” kata Shaiful Nizar.

“Seni typografi mementingkan keterbacaan. Warna cerah main peranan agar mudah terlihat, terbaca dari jauh. Huruf-huruf kecil kurang membantu ditambah warna kelabu.

Advertisement

“Cat putih je nampak jelas. Saya guru PSV sekadar bagi cadangan,” kata Hasna Suhaimi, menegur skim warna papan tanda itu.

“Batu tanda dekat tengah divider (pembahagi jalan)? soal Affizul Farhan pula.

Carian Johorkini kemudiannya mendapati, papan tanda ikonik itu telah digantikan dengan huruf-huruf yang betul.

Advertisement

Seorang pengguna media sosial pula mempersoalkan tempoh masa bertahan papan tanda baru tersebut.

“Yang terbaru ni tulisannya kira dah OK. Cuma berapa lama mampu bertahan tak pasti.

“Setiap kali Pegawai Daerah bertukar. setiap kali itu juga landskap Pontian bertukar,” kata Fauzi Paijan.

Advertisement

“Baru ‘cun’. Tak payah nak hipster sangat,” kata pengguna Ros Atika selepas papan tanda itu dibetulkan.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top