BM | EN | 中文

SELEPAS 20 TAHUN, PADANG MPKK PARIT EMBOK KEMBALI MERIAH

supa-dupa-parit-embok.jpg
Advertisement

Abd Rahman (kanan) menyampaikan hadiah kepada pemenang

PONTIAN, 6 DIS: Setelah ditinggalkan tanpa program besar sejak 20 tahun lalu, buat sekian kalinya Padang Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Parit Embok kembali meriah dengan Program Sukaneka dan Kesejahteraan Kampung.

Program yang berlangsung selama dua hari pada 29 November dan 30 November lalu mendapat sambutan hangat dan kerjasama penuh dari seluruh penduduk Kampung Parit Embok, Parit Keroma dan Parit Haji Ahmad.

Menurut Pengerusi MPKK, Abd Rahman Hosman, program ini disusun oleh MPKK Kawasan 5, iaitu Parit Maklumi dan Parit Keroma melalui geran dari Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB).

Advertisement

Sukan rakyat di Kg Parit Embok

“Tujuan program ini untuk memupuk semangat kesukarelawanan dan kerjasama penduduk dalam membangun komuniti, ekonomi, keceriaan dan keselamatan setempat,” kata Abd Rahman kepada Johorkini.

Tambah Abd Rahman lagi, program sukaneka bermula pada sebelah petang, manakala pada sebelah pagi penduduk setempat mengikuti program Kursus Pengurusan Jenazah Akbar.

“Tujuan kursus ini supaya masyarakat terutama anak muda sekarang dapat menambah ilmu dan tidak mudah hilang punca dalam pengurusan jenazah jika berlaku kematian dalam keluarga dan kejiranan.

Advertisement

“Kursus ini mendapat kerjasama penuh dari Surau Parit Haji Ahmad, Ayer Baloi,” kata Abd Rahman lagi.

Sementara itu, rata-rata penduduk di kampung-kampung tersebut menyatakan rasa puas hati dan seronok dengan penganjuran program tersebut.

“Ucapan terima kasih kepada Tok Ketua kami kerana mengadakan sukan bersama rakyat.

Advertisement

“Alhamdulillah, tidak pulang dengan tangan kosong. Anak-anak bergumbira dengan ‘supadupa’ dan kolam air di tengah-tengah padang dan hidangan makanan percuma yang lazat,” tulis Zaidah Othman di laman facebook beliau.

Antara program yang dijalankan ialah sukan rakyat seperti acara tarik tali, pertandingan mewarna untuk kanak-kanak, pemeriksaan kesihatan, pameran dan sebagainya yang turut melibatkan penduduk kampung dan para sukarelawan.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top