BM | EN | 中文

Selepas 15 hari, kes harian Covid-19 naik semula lepasi paras 100

dr-noor-hisham-covid-19-KKM.jpg

Dr Noor Hisham Abdullah (Gambar Ehsan FB KKM)

Advertisement

KUALA LUMPUR, 2 MEI: Selepas lebih dua minggu atau selama 15 hari, kes positif Covid-19 harian di Malaysia kini naik semula melepasi paras 100.

Hari terakhiir Malaysia dilaporkan jangkitan kes positif Covid-19 melepasi paras 100 adalah pada 16 April, dengan 110 kes.

Sementara itu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan, sebanyak 105 kes positif baru direkodkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes kepada 6,176 orang.

Advertisement

Ketua Pengarah KKM Dr Noor Hisham Abdullah berkata, 116 pesakit sembuh hari ini menjadkan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari Covid-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 4,326 kes.

Sementara itu pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah sebanyak 31 orang dengan 12 daripada jumlah tersebut memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah keseluruhan kes positif adalah sebanyak 6,176 kes dengan 70.05 peratus telah sembuh bersamaan 4,326 pesakit, manakala 103 kematian bersamaan 1.67 peratus.

Advertisement

Sehingga kini sejumlah 1,747 kes aktif dan masih dirawat.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top