BM | EN | 中文

Selepas 14 hari bebas, satu kes baru Covid-19 dikesan di Johor

covid-19.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 14 MEI: Johor mencatatkan satu kes baru Covid-19 hari ini selepas 14 hari tanpa sebarang laporan jangkitan wabak itu di negeri ini.

Menurut paparan grafik dikeluarkan Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Johor hari ini, kes tersebut dilaporkan di daerah Johor Bahru dalam Mukim Plentong.

Dalam pada itu, sebanyak 92 mukim di negeri ini juga telah diisytiharkan sebagai zon hijau apabila tiada kes baharu direkodkan sejak 29 April hingga 12 Mei.

Advertisement

Sehingga hari ini, sebanyak 668 kes terkumpul di seluruh negeri dengan 146 daripadanya adalah kes aktif.

Sementara itu, jumlah pesakit sembuh kumulatif di negeri ini dan dibenarkan discaj daripada wad adalah sebanyak 503 kes.

[TONTON KAEDAH BAYAR ZAKAT FITRAH DI JOHOR SECARA ONLINE] 

Advertisement

Manakala pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah dua orang dengan jumlah kematian kumulatif di Johor sehingga 14 Mei adalah sebanyak 19 kes.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar, R. Vidyananthan dalam satu kenyataan semalam berkata, sejak 27 Mac hingga semalam, 1,839 lokasi yang merangkumi 700 (bangunan kerajaan), 142 (rumah ibadat), 438 (tempat awam) dan 559 (lain-lain) telah disanitasi.

“Kerajaan Negeri Johor menerusi JKNJ serta agensi-agensi yang terlibat sentiasa mementingkan kebajikan individu dengan menyediakan beberapa panduan bagi menjaga keselamatan dan menjamin keselesaan mereka sepanjang tempoh kuarantin,” katanya.

Advertisement

Tambah beliau, menerusi garis panduan yang ditetapkan, individu yang diarahkan untuk menjalani kuarantin diwajibkan berada di stesen kuarantin selama 14 hari.

“Selain itu, individu yang menghidapi penyakit kronik mestilah membawa bekalan ubat-ubatan yang mencukupi sepanjang tempoh kuarantin berkenaan,” katanya lanjut.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top