BM | EN | 中文

Selekoh jalan Sungai Danga – Skudai undang bahaya, Adun mohon perhatian

johor-bahru-selekoh-sungai-danga-skudai-bahaya.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 30 SEPT: Selekoh merbahaya di jalan Sungai Danga – Skudai baru-baru ini dikatakan berisiko menyebabkan kemalangan, menurut Adun Perling, Cheo Yee How.

Kata Yee How, beliau menerima aduan daripada orang ramai berhubung keadaan jalan itu berikutan kemalangan yang kerap berlaku.

Cheo Yee How

Beliau berkata, kesan dan bukti kemalangan di kawasan situ boleh dilihat melalui besi penghadang jalan yang rosak serta beberapa lagi struktur jalan raya yang mengalami nasib yang sama.

Advertisement

“Di sini sering berlakunya kemalangan jalanraya baru-baru terutamanya selepas hujan.

“Dikatakan tidak kurang dari lima kemalangan berlaku setiap hari di sini walaupun tiada kemalangan maut, tetapi ia boleh dikategorikan sebagai laluan yang bahaya.

“Kita ingin mengambil perhatian pihak kerajaan terutamanya pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) yang mengendalikan kawasan di sini bahawa struktur jalan raya di sini telah rosak teruk dan memerlukan baikpulih segera.

Advertisement

“Kalau dibiarkan begitu sahaja, kita dapat lihat longkang atau parit di kawasan bahu jalan ini telah tersumbat dan ini akan mengakibatkan limpahan air akan membanjiri jalan sekaligus mengakibatkan jalan licin.

“Kedua saya mahu kajian dilakukan pihak JKR bagi mengenalpasti punca kemalangan kerap berlaku.

“Kita syak ia adalah disebabkan jalan yang licin hasil limpahan air yang keluar dari longkang tersebut,” katanya.

Advertisement

Yee How yang turut meninjau lokasi berkenaan memohon tindakan segera pihak berwajib seperti JKR bagi menangani masalah itu agar kemalangan tidak berulang.

“Saya telah memaklumkan kepada Exco berkenaan dan surat rasmi telah kami sediakan. Kita akan hantar kepadanya dalam masa terdekat ini.

“Saya cadangkan kawasan jalan ini diadakan ‘speed breaker’ bagi memaklumkan pengguna bahawa ia merbahaya serta mengurangkan kelajuan kenderaan,” katanya lagi.

Advertisement

Sementara itu, Ketua Parti Amanah Negara (Amanah) Pulai, Abdullah Idris mengesahkan pihaknya turut menerima aduan sama.

Ujarnya, baru-baru ini terdapat kemalangan maut di kawasan itu dan beliau memohon agar tindakan segera diambil.

“Saya bersetuju dengan cadangan Adun Perling (Cheo Yee How) untuk JKR wujudkan ‘speed breaker’ bagi mengurangkan kelajuan kenderaan di sini.

Advertisement

“Dalam bulan lepas terdapat kemalangan maut melibatkan penunggang motorsikal sini selepas dilanggar kereta yang hilang kawalan di kawasan ini.

“Laporan yang saya terima memang terdapat pengguna yang mengeluh dengan keadaan jalan tersebut. Bagi mereka ia tidak selamat untuk digunakan,” ujarnya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top