BM | EN | 中文

Seldec bantu pasar produk 1,500 peniaga di dua PBT Selangor sepanjang Ramadan

SELDEC-Rantai-E-Bekalan-Digital-Selangor-dan-Sistem-Aplikasi-Seldec-Rider.png

Penghantar barangan dalam talian aplikasi “Seldec Rider” bersama beg barangan mereka (Gambar Ehsan SelangorKini)

Advertisement

SHAH ALAM, 15 MAC: Rantaian E-Bekalan Digital Selangor (Seldec) bekerjasama dengan dua pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk memasarkan produk peniaga kecil sepanjang Ramadan.

Pengurus besar pembangunan perniagaan Seldec, Mohd Fauzan Elham berkata program bersama Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) dan Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) bakal memanfaatkan 1,500 peniaga di bazar dan rumah.

“Aplikasi Dapur Seldec dan Dapur Seldec Rider diwujudkan khusus untuk e-bazar Ramadan, kemudian aplikasi ini kita akan kembangkan untuk peniaga pasar malam, pasar pagi dan pasar awam.

Advertisement

“Seldec juga menguruskan sistem penghantaran oleh menerusi Dapur Seldec Rider dalam lingkungan lima hingga tujuh kilometer daripada peniaga atau zon,” kata Mohd Fauzan, lapor SelangorKini.

Beliau berkata pihaknya turut membantu proses pendaftaran peniaga serta memberi penerangan berhubung kaedah jualan dan transaksi.

Seldec dilancarkan pada 3 Oktober 2019 untuk membantu peniaga meningkatkan pendapatan menerusi jualan secara dalam talian.

Advertisement

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata Seldec akan digunakan untuk memasarkan hasil tani, produk usahawan kecil dan barangan basah secara meluas.

Seldec yang diterajui Selangor Industrial Corporation Sdn Bhd menghubungkan pembeli dan penjual secara langsung melalui pautan https://www.seldec.com.my/en.

Johorkini

Advertisement

 

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top