BM | EN | 中文

Selangor Xtiv Virtual 2021 tawar hadiah bernilai lebih RM400,000

xtiv-selangor.jpeg
Advertisement

SHAH ALAM, 22 FEB: Program Selangor Xtiv Virtual 2021 bakal bermula Mac ini dengan menawarkan hadiah terkumpul bernilai RM411,680.

Exco Pembangunan Generasi Muda dan Sukan, Mohd Khairuddin Othman berkata program yang dijangka berlangsung sehingga Disember 2021 itu menyasarkan 450,000 penyertaan.

Menurutnya, program itu diteruskan susulan kejayaan Selangor Xtiv Virtual 2020 yang menerima 250,631 peserta dan 18 juta tontonan di platform media sosial.

Advertisement

“Sebanyak tujuh program Selangor Xtiv Virtual 2021 akan dilaksanakan termasuk tiga program baharu iaitu Selangor Xtiv Virtual Chess, Selangor Xtiv Virtual Ride dan Selangor Xtiv Virtual Jump Rope Challenge.

“Empat program lama yang akan diteruskan ialah Selangor Xtiv Virtual Esports, Selangor Xtiv Virtual Marathon, Selangor Martial Art Xtiv Virtual dan Selangor Xtiv Virtual Youth Busking,” kata Khairuddin, lapor SelangorKini.

Khairuddin berkata program berkenaan adalah inisiatif Kerajaan Negeri untuk menggalakkan rakyat terutama belia supaya bergiat aktif.

Advertisement

“Kita mahu mereka melakukan aktiviti berfaedah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan, sekali gus memupuk solidariti bagi memutuskan rantaian wabak Covid-19,” katanya.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut berhubung program berkenaan di Facebook Selangor Xtiv Virtual 2021 menerusi pautan https://www.facebook.com/selangorxtiv2020/.

Johorkini

Advertisement

 

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top