BM | EN | 中文

Selangor tubuh unit rapatkan jurang jabatan, agensi dengan pusat

Bangunan-SUK-Selangor-.jpg
Advertisement

SHAH ALAM, 28 OGOS: Kerajaan Selangor menubuhkan Unit Pemberdayaan Pekerja Selangor (UPPS) bagi merapatkan jurang di antara jabatan serta agensi dengan kerajaan persekutuan.

Exco Pembangunan Sosio Ekonomi, V Ganabatirau berkata Program Rekalibrasi Tenaga Kerja anjuran kerajaan persekutuan menyebabkan peranan Kerajaan Negeri kurang relevan.

“Oleh demikian Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) pada 18 Ogos lalu memutuskan unit ini ditubuhkan dalam membantu menyelesaikan isu melibatkan antara majikan dan pekerja.

Advertisement

“Walaupun portfolio ini baharu ditubuhkan tahun lalu ia memerlukan hala tuju dan penyusunan program selain lebih banyak peluang untuk kerajaan negeri untuk terlibat dalam perancangan program-program persekutuan dengan melibatkan pihak berkuasa tempatan, jabatan dan agensi,” katanya, lapor SelangorKini.

Beliau berkata demikian ketika ucapan penggulungan pada Sidang Dewan Negeri Selangor kelmarin.

Beliau turut meminta kerjasama semua Ahli Dewan Negeri (ADN) untuk hadir bertemunya dalam memperkasakan program kerjaya yang dianjur menerusi UPPS.

Advertisement

Pada 13 Ogos, Ganabatirau memaklumkan pihaknya akan memperkasa portfolio pemberdayaan pekerja bagi membantu golongan yang hilang pendapatan akibat pandemik Covid-19.

Menurutnya, antara langkah yang perlu diambil adalah menambah peruntukan untuk membantu golongan terkesan yang semakin meningkat sejak kebelakangan ini.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top