BM | EN | 中文

Selangor tubuh sukarelawan kesihatan, ahli dilindungi skim insurans

Selangor-tubuh-sukarelawan-kesihatan-ahli-dilindungi-skim-insurans.jpg

Sukarelawan membantu menolak kerusi roda penerima warga emas bagi memudahkan urusan ketika program Vaksin Selangor (Selvax) Komuniti DUN Jeram di Dewan MDKS, Bandar Baru, Kuala Selangor pada 3 Julai 2021 (Gambar Ehsan SelangorKini)

Advertisement

SHAH ALAM, 5 OGOS: Kerajaan Selangor menubuhkan Sukarelawan Kesihatan Komuniti (Suka) bagi menjalankan aktiviti kesihatan awam di peringkat komuniti terutama berkaitan pandemik Covid-19.

Exco Kesihatan Dr Siti Mariah Mahmud berkata penyertaan terbuka kepada warganegara yang menetap di Selangor, berumur 18 tahun ke atas dan sihat tubuh badan.

Sukarelawan terpilih akan dilatih modul-modul bertemakan Covid-19 sebelum digerakkan ke seluruh 56 Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri ini.

Advertisement

“Sukarelawan dilatih secara berkala antaranya pengurusan pesakit, ujian Covid-19 di rumah, tatacara pemeriksaan pesakit di rumah, penggunaan kit penilaian di rumah dalam aplikasi SELangkah dan pelbagai lagi.

“Bagi memberi nilai tambah kepada program ini, sukarelawan akan menerima manfaat Skim Insurans Peduli Sihat (SIPS) dan kit sukarelawan selain menjalani siri latihan percuma dikendalikan agensi atau pertubuhan berdaftar yang berkelayakan,” katanya, lapor SelangorKini.

Bagi yang berminat untuk menyertai Suka, pendaftaran kini dibuka melalui pautan https://bit.ly/SUKA2021.

Advertisement

Sebarang pertanyaan lanjut boleh emel kepada sukakomuniti2021@gmail.com

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top