BM | EN | 中文

Selangor tolak cadangan turunkan harga jualan rumah milikan warga asing – Exco

rodziah-ismail.png

Exco Perumahan & Kesejahteraan Bandar dan Pembangunan Usahawan Selangor, Rodziah Ismail

Advertisement

SHAH ALAM, 22 DIS: Kerajaan Selangor menolak cadangan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) untuk menurunkan harga jualan rumah kepada warga asing menerusi skim Malaysia My Second Home (MM2H).

Exco Perumahan, Kesejahteraan Bandar dan Pembangunan Usahawan Selangor, Rodziah Ismail berkata mengikut dasar kerajaan negeri Selangor, harga minimum ditetapkan kepada warga asing adalah sebanyak RM2 juta.

Bagaimanapun, katanya kementerian terbabit mencadangkan penurunan harga minimum kepada golongan berkenaan sebanyak RM600,000.

Advertisement

“Kita hanya pertimbangkan (harga minimum) RM1.5 juta sahaja kepada mereka (warga asing) kerana ia mungkin nampak besar tetapi untuk pemilikan asing itu mereka menunggu untuk beli.

“Jadi, KPKT kena buat harga kawalan kerana kalau tidak saya rasa peluang untuk warganegara memiliki itu akan terkesan,” katanya, pada sidang media di Hotel De’Palma Seksyen 19 di sini hari ini.

Terdahulu, SelangorKini melaporkan Rodziah sebagai berkata, kebanyakan unit rumah tidak terjual bukan berpunca daripada kerajaan sebaliknya masalah pemaju itu sendiri.

Advertisement

Beliau berkata pemaju seharusnya mencari pendekatan lain bagi membolehkan rakyat tempatan memiliki rumah tersebut.

“Kalau dia (pemaju) mahu kerajaan memutuskan berapa (harga) supaya boleh jual kepada warga asing, saya rasa kita (kerajaan Selangor) tidak boleh patuhi,” katanya.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top