BM | EN | 中文

Selangor taja subsidi lesen 100 peserta Inisiatif Roda Darul Ehsan

RiDE.png

Amirudin Shari menampal pelekat Inisiatif Roda Darul Ehsan (RiDE) pada motosikal penerima inisiatif dalam majlis penyerahan yang berlangsung di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz, Shah Alam pada 14 Disember 2020 (Gambar Ehsan SelangorKini)

Advertisement

SHAH ALAM, 14 DIS: Seramai 100 peserta program Inisiatif Roda Darul Ehsan (RiDE) menerima subsidi lesen yang disampaikan Menteri Besar Selangor di Dataran Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini hari ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata mereka antara 1,980 penerima manfaat sejak inisiatif tersebut dilancarkan pada 1 Ogos.

“Inisiatif ini berupaya mencetuskan minat belia menceburi perniagaan berasaskan khidmat penghantaran, terutama sejak penularan Covid-19.

Advertisement

“Dengan pasaran ekonomi sampingan yang semakin mengembang, RiDE merupakan peluang khusus untuk anak muda Selangor meneroka bidang ini,” katanya berucap pada Majlis Penyerahan Inisiatif RiDE.

SelangorKini melaporkan RiDE menyasarkan 3,000 belia miskin bandar mendapat subsidi lesen motosikal B2 berjumlah RM350.

Selain itu, Kerajaan Negeri turut membiaya kursus e-panggilan bernilai RM150 dengan Rantaian E-Bekalan Digital Selangor (Seldec), BungkusIt, Zepto Express, Warong Rider dan Foodpanda serta manfaat caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial RM70 setahun.

Advertisement

Program tersebut diteruskan tahun depan dengan peruntukan RM2 juta.

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top