BM | EN | 中文

Selangor sumbang 20,000 dos vaksin kepada Pulau Pinang secara percuma

Selangor-sumbang-20000-dos-vaksin-kepada-Pulau-Pinang-secara-percuma.jpg

Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari menyerahkan vaksin Covid-19 kepada Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow dalam program Penyerahan Vaksin Selangor kepada Kerajaan Pulau Pinang di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Covid-19 Integrasi Seberang Perai (SP Arena) pada 31 Ogos 2021 (Gambar Ehsan SelangorKini)

Advertisement

SEBERANG PERAI, 1 SEPT: Kerajaan Selangor berbesar hati menyumbang sebanyak 20,000 dos vaksin Covid-19 kepada Pulau Pinang secara percuma.

Sumbangan itu diserahkan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari kepada Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow.

Serahan dilakukan pada program penyerahan Vaksin Selangor (Selvax) di pusat pemberian vaksin (PPV) Covid-19 Integrasi di Pusat Konvensyen Seberang Perai (SP Arena) semalam.

Advertisement

Inisiatif itu adalah tanda solidariti antara warga Selangor dan Pulau Pinang dalam memerangi Covid-19.

Turut hadir Setiausaha Kerajaan Selangor Datuk Nor Azmie Diron, Exco Kesihatan Dr Siti Mariah Mahmud dan Exco Kerajaan Tempatan Ng Sze Han.

Hadir sama Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Advertisement

Terdahulu, SelangorKini melaporkan, orang ramai mula hadir jam 8.30 pagi dengan mematuhi tatacara operasi piawai (SOP) dengan mendaftar melalui aplikasi Langkah Masuk Dengan Selamat (SELangkah), menjaga penjarakan fizikal dan menyukat suhu badan.

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top