BM | EN | 中文

Selangor selamatkan 104 projek terbengkalai sejak 2008

projek-terbengkalai-Selangor.jpg

Gambar hiasan projek terbengkalai (Ehsan SelangorKini)

Advertisement

SHAH ALAM, 3 NOV: Kerajaan negeri Selangor berjaya menyelamatkan 104 projek terbengkalai antara 2008 sehingga Oktober tahun 2020.

Exco Perumahan, Rodziah Ismail berkata ia meliputi 35,776 projek perumahan, komersial dan industri.

Beliau memaklumkan beberapa langkah proaktif turut dilaksana bagi membantu pembeli.

Advertisement

“Langkah meliputi penubuhan Jawatankuasa Pemulihan Projek Terbengkalai bagi berbincang dengan semua pihak usaha memulihkan projek.

“Jawatankuasa Kecil Pemulihan Projek Terbengkalai Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) pula memantau pemulihan projek di peringkat PBT,” katanya pada sidang Dewan Negeri Selangor di sini hari ini.

Beliau berkata Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor mengeluarkan surat pengesahan projek terbengkalai supaya pembeli dapat menstruktur semula bayaran bulanan dengan bank.

Advertisement

Terdahulu SelangorKini melaporkan Rodziah sebagai berkata, agensi itu juga akan mencadangkan tindakan penguatkuasaan bagi memastikan hak pembeli terjamin.

“Tindakan perampasan tanah boleh dibuat jika wujud pelanggaran peruntukan mengikut Kanun Tanah Negara (KTN) 1965 seperti kegagalan membayar cukai dan pelanggaran syarat menurut Seksyen 129 kanun yang sama,” katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top