BM | EN | 中文

Selangor sedia pusat jagaan secara percuma untuk anak-anak ‘frontliners’

Amirudin_Shari_MB_Selangor.jpg

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari

Advertisement

SHAH ALAM, 20 JAN: Petugas barisan hadapan (frontliners) di Selangor boleh menarik nafas lega apabila mendapat pelbagai bantuan dalam pakej ‘Kita Selangor’ yang diumumkan Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari hari ini.

Antaranya penyediaan taska dan pusat jagaan anak-anak sementara secara percuma kepada petugas barisan hadapan untuk tempoh dua bulan bermula 25 Januari ini.

Selain itu, kakitangan perubatan di hospital dan pejabat kesihatan daerah di negeri ini, pihak polis dan tentera yang bertugas di sekatan jalan raya dan operasi pematuhan SOP akan dibekalkan dengan makanan percuma.

Advertisement

Perkara itu merupakan sebahagian daripada pengumuman pakej bantuan Kita Selangor ekoran perintah kawalan pergerakan (PKP) 2.0.

Dalam pada itu beliau memaklumkan Selangor akan mengecualikan bayaran sewa projek perumahan rakyat (PPR) untuk bulan Januari, dan menangguhkan sewa untuk Feb dan Mac ini.

Dalam usaha merangsang ekonomi kata Amirudin, RM10 juta bagi program e-kitchen diperuntuk bagi membantu penjaja kecil makanan dan minuman meneruskan berniaga dalam talian, kemudahan pinjaman mikro kepada peruncit kecil dan mikro, serta RM10 juta bagi mencipta peluang pekerjaan dan pendapatan tambahan melalui ekonomi gig, membabitkan pekerja bebas (freelance).

Advertisement

Sementara itu, beliau turut mengumumkan RM2 juta bantuan banjir sebanyak RM1 juta untuk penduduk Pahang selain Kelantan dan Terengganu, masing-masing bernilai RM500,000.

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top