BM | EN | 中文

Selangor sedia pelbagai inisiatif, hargai peranan lebih 3 juta pekerja

hari-pekerja-selangor-2021.jpg
Advertisement

SHAH ALAM, 2 MEI: Pelbagai inisiatif digerakkan bagi membela kebajikan 3.5 juta pekerja di negeri ini terutama selepas penularan wabak Covid-19, kata Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.

Amirudin berkata golongan pekerja dianggap sebagai tulang belakang pembangunan negeri dan harus diutamakan bagi memastikan keseimbangan antara kehidupan dan ekonomi.

“Sebab itu Kerajaan Negeri laksanakan program Mengelak Penularan di Tempat Kawasan Panas (POIS) demi membolehkan industri dan ekonomi dapat berjalan, namun dapat mengelakkan tercetus kluster tempat kerja.

Advertisement

“Kita turut lancarkan pakej rangsangan ekonomi Selangor Prihatin 1, 2 dan 3 serta Pakej Kita Selangor bagi melegakan beban ekonomi ditanggung mereka selepas pandemik,” katanya menerusi Facebook sempena sambutan Hari Pekerja semalam.

Amirudin dilaporkan SelangorKini berkata, pihaknya turut memfokuskan aspek pengupayaan modal insan bagi memberi nilai tambah kepada pekerja terutama dalam melengkapi landskap Revolusi Perindustrian 4.0.

“Penglibatan dan peranan pekerja sektor pembuatan, perkhidmatan, pembinaan, kesihatan dan sebagainya cukup besar. Selamat Hari Pekerja, terima kasih atas jasa dan perkhidmatan anda semua,” katanya.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top