BM | EN | 中文

Selangor sedia data internet percuma kepada 2,000 petani

Exco-Pertanian-Selangor-Ir-Izham-Hashim.png

Exco Pertanian Selangor Ir Izham Hashim (Gambar Ehsan SelangorKini)

Advertisement

SHAH ALAM, 11 OGOS: Exco Pertanian Selangor, Ir Izham Hashim berkata, golongan petani di Selangor diminta mengambil peluang mendapatkan data internet percuma selama 12 bulan menerusi Data Internet Selangor (DIS).

Katanya, data internet itu disediakan kepada 2,000 petani yang layak dan akan dibiayai sepenuhnya Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI.

“Peluang ini terbuka kepada semua petani, penternak, nelayan serta pengusaha industri makanan yang bermastautin di Selangor dan mempunyai pendapatan seisi rumah tidak lebih RM2,000 sebulan,” katanya, lapor SelangorKini.

Advertisement

Ir Izham berkata mereka yang berminat boleh mengisi butiran diri menerusi pautan Tinyurl.com/DISWargaTani dan tarikh tutup permohonan adalah sebelum 31 Ogos ini.

Maklumat lanjut orang ramai boleh layari laman sesawang berikut https://dis.borangmbiselangor.com/.

Pada 4 Ogos, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari memaklumkan seramai 70,000 rakyat negeri ini bakal menikmati kad modul pengenalan pelanggan (SIM) yang dilengkapi data internet secara percuma selama 12 bulan.

Advertisement

Amirudin berkata inisiatif itu menyasar pelajar Program Tuisyen Rakyat Selangor, peminjam Yayasan Selangor, mahasiswa Kolej Universiti Islam Selangor (Kuis) dan Universiti Selangor (Unisel).

Beliau menjelaskan manfaat tersebut turut dinikmati pelajar Pusat Pembangunan Kemahiran Teknikal Negeri Selangor (STDC), peniaga dalam talian bawah e-Bazar Selangor, petani dan ibu tunggal.

Johorkini

Advertisement

 

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top