BM | EN | 中文

Selangor sasar warta semua kampung Orang Asli penggal ini

orang-asli-selangor.jpg

Gambar Hiasan / Ehsan The Star

Advertisement

SHAH ALAM, 22 OKT: Kekangan mewarta 34 kampung Orang Asli di Selangor susulan pertindihan hak milik akan diselesaikan penggal ini, kata Exco Hal Ehwal Orang Asli, Hee Loy Sian.

Katanya, kelewatan itu berpunca daripada masalah tanah yang bertindih dengan hak milik individu dan syarikat yang timbul bawah pentadbiran Barisan Nasional.

“Mereka (Orang Asli) memberi kerjasama baik bagi memastikan penempatan mereka terjamin. Ia proses yang rumit, namun kita cuba selesaikan dalam penggal ini,” katanya, lapor SelangorKini.

Advertisement

Pada 17 Oktober, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari menjangka semua 74 perkampungan Orang Asli di Selangor selesai digazet penggal ini.

Beliau berkata usaha itu bagi memastikan penempatan mereka terjamin di samping tidak terbeban dengan pembangunan di kawasan sekitar.

Kawasan yang perlu digazetkan meliputi Gombak, Hulu Selangor, Sepang sehingga Kuala Langat.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top