BM | EN | 中文

Selangor sasar tingkat kualiti Sungai Klang, bakal jadi sumber air

sungai-klang.jpg

Sungai Klang (Gambar Ehsan NST)

Advertisement

SHAH ALAM, 25 DIS: Kerajaan Selangor yakin sasaran menjadikan Sungai Klang sebagai sumber bekalan air mampu direalisasi berikutan tahap kualiti airnya yang semakin baik.

Exco Infrastruktur & Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian & Industri Asas Tani, Ir Izham Hashim berkata program pembersihan dan pemuliharaan sungai melalui projek Gerbang Maritim Selangor (SMG) bermula 2016 berjaya mengembalikan ekosistem semula jadi kawasan itu.

“Indeks kualiti air semakin baik hasil pembersihan dan pemuliharaan, jadi kita yakin dapat merealisasikan hasrat menjadikan Sungai Klang sebagai sumber air baharu Selangor.

Advertisement

“Usaha mengindahkan sungai turut mendorong pelbagai syarikat untuk melabur serta bekerjasama membangunkan sekitar kawasan tersebut,” kata Izham, lapor SelangorKini.

Terdahulu, beliau menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman antara Landasan Lumayan Sdn Bhd dan Sungai Klang Link Sdn Bhd bagi melaksana projek jaringan perhubungan sekitar Sungai Klang.

Pada 18 Ogos lalu, Menteri Besar, Datuk Seri Amiruddin Shari berkata kualiti air Sungai Klang berada pada tahap tiga atau sederhana baik yang selamat untuk aktiviti sukan air.

Advertisement

Beliau menambah kualiti tersebut juga sesuai diproses sebagai air terawat, namun memerlukan kos yang tinggi.

Projek SMG adalah inisiatif Kerajaan Negeri yang memfokuskan kepada penjanaan semula Sungai Klang melibatkan tiga aktiviti utama iaitu pembersihan, pemuliharaan dan pembangunan.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top