BM | EN | 中文

Selangor sasar tambah lokasi pasar agro, bantu peniaga tingkat pendapatan

Sasar-tambah-lokasi-pasar-agro-Selangor-bantu-peniaga-tingkat-pendapatan.jpg

Exco Pemodenan Pertanian & Industri Asas Tani Selangor, Ir Izham Hashim (dua, kanan) melawat tapak jualan ketika program Selangor Agro Market (SAM) di Taman Tasik Cyberjaya, Sepang semalam (Gambar Ehsan SelangorKini)

Advertisement

CYBERJAYA, 31 OKT: Kerajaan Selangor menyasarkan menambah jumlah lokasi Program Selangor Agro Market (SAM) pada tahun hadapan dalam usaha membantu peniaga meningkatkan pendapatan.

Exco Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani berkata pihaknya cuba menaikkan dua kali ganda atau 100 tapak secara berperingkat seperti sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Setakat ini sebanyak 31 lokasi dibuka seluruh Selangor untuk tapak program SAM dengan melibatkan 465 usahawan melibatkan nilai jualan RM350,000 sehingga Oktober ini.

Advertisement

“Kita akan mengadakan perbincangan dengan beberapa pihak secara terperinci bagaimana hendak meningkatkan lagi prestasi SAM dan pasar tani,” kata Ir Izham Hashim, lapor SelangorKini.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat tapak jualan SAM di Taman Tasik Cyberjaya semalam.

Lawatan Izham itu diiringi Yang Dipertua Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) Dato’ Abd Hamid Hussain dan Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) Selangor Aiaida Abdul Rashid.

Advertisement

Sementara itu, Izham berkata fungi SAM ini agak berbeza dengan pasar tani kerana menempatkan usahawan langsung iaitu peladang atau pengilang untuk memasarkan produk mereka.

“Tapak jualan SAM tidak sama dengan pasar tani dan tidak memerlukan ruang yang besar selain harganya lebih murah,” katanya.

Program SAM adalah kolaborasi Kerajaan Negeri bersama Fama yang sudah bermula sejak tiga tahun lalu membabitkan pelaksanaan 87 lokasi di sembilan daerah di Selangor dengan nilai jualan sebanyak RM5.2 juta.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top