BM | EN | 中文

Selangor sasar jadi tumpuan pelabur aeroangkasa menjelang 2030

Industri-aeroangkasa-berkembang-Selangor-sasar-tumpuan-pelabur-menjelang-2030-Teng-Chang-Khim.jpg

Exco Pelaburan, Perdagangan dan Perindustrian Selangor, Datuk Teng Chang Khim (Gambar Ehsan SelangorKini)

Advertisement

SHAH ALAM, 23 OKT: Industri aeroangkasa diramal berkembang lebih pesat di Selangor menjelang 2030, kata Exco Pelaburan, Perdagangan dan Perindustrian negeri, Datuk Teng Chang Khim.

Katanya, ketika ini sebanyak 63 peratus industri aeroangkasa di Malaysia beroperasi di Selangor dan yakin jumlah tersebut terus meningkat.

“Kita sasar negeri ini terus jadi tumpuan pelabur menjelang 2030 dan Pelan Tindakan Aeroangkasa yang dikendalikan Pejabat Koordinasi Industri Angkasa Selangor Darul Ehsan (S-DAICO) memastikan usaha ini berjaya.

Advertisement

“Malah, kita juga yakin penganjuran Pameran Penerbangan Selangor (SAS) 2021 pada September ini membuka peluang kepada pemain industri menjalin kerjasama dalam pelbagai bidang berkaitan,” katanya, lapor SelangorKini.

Beliau ditemui pada sesi temubual Sidang Kemuncak Antarabangsa Selangor (SIBS) 2021 dan Pameran Penerbangan Selangor (SAS) 2021 di pejabatnya baru-baru ini.

Pameran julung kali itu bakal berlangsung pada 25 hingga 27 November di Skypark Subang dengan menyasarkan sebanyak 30 pempamer serta 5,000 pelawat.

Advertisement

Pada 18 Mei tahun lalu, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata skop utama sektor aeroangkasa adalah penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih; pembuatan; sistem integrasi; kejuruteraan dan reka bentuk serta pendidikan dan latihan.

Menjelang 2030, aktiviti pembuatan aeroangkasa di Malaysia mengunjurkan pendapatan RM21.2 bilion, penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (RM20.4 bilion) manakala kejuruteraan dan reka bentuk (RM13.6 bilion).

Pemain besar industri antaranya Airbus Helicopters, Execujet Malaysia, Sapura Aero dan Weststar Aviation menjadikan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di sini sebagai pangkalan operasi mereka.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top