BM | EN | 中文

Selangor salur RM300,000 pasang CCTV di pangsapuri kos rendah

Selangor-SUK.png
Advertisement

KLANG, 28 MAC: Kerajaan Selangor membelanjakan RM300,000 bagi pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) kepada 30 pangsapuri kos rendah.

Menurut Exco Perumahan, Kesejahteraan dan Hartanah Rodziah Ismail berkata, kos berkenaan sebahagian daripada peruntukkan Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) berjumlah RM10.5 juta menerusi Skim Ceria.

“Kita memperuntukkan RM10,000 bagi setiap pangsapuri berstrata rendah yang sudah disalurkan secara berperingkat.

Advertisement

“Kebiasaannya, ia melibatkan pemasangan sebanyak 12 hingga 16 unit CCTV di pintu masuk utama dan lif,” kata Rodziah, lapor SelangorKini.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan program Ambil & Bayar (Pick & Pay) Laman Hijau Strata Negeri Selangor di Pangsapuri Sri Ayu, Bandar Putera di sini, semalam.

Rodziah berkata inisiatif itu diambil hasil aduan kes jenayah oleh badan pengurusan bersama (JMB) dan perbadanan pengurusan (MC) pangsapuri terbabit sejak tahun lalu.

Advertisement

“Pemilihan pangsapuri yang layak untuk memasang CCTV diambil kira berdasarkan pemohonan lokasi perumahan berkenaan.

“Ia dipasang di kawasan yang mempunyai kes jenayah dengan harapan ia dapat dikurangkan,” katanya.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top