BM | EN | 中文

Selangor salur hampir RM2 juta untuk aktiviti Ramadan di masjid

Selangor-salur-hampir-RM2-juta-untuk-aktiviti-Ramadan-di-masjid.jpg
Advertisement

KUALA SELANGOR, 24 APR: Hampir RM2 juta diperuntukkan kerajaan Selangor untuk diberikan kepada semua masjid sepanjang Ramadan.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata sumbangan sebanyak RM5,000 setiap masjid bertujuan melaksanakan aktiviti bulan puasa.

“Kita ada lebih 400 masjid di Selangor dan beberapa daerah seperti di Gombak sudah menerima peruntukan ini,” katanya pada Majlis Ihya Ramadan di Masjid Ar-Rahmani Kampung Permatang, Kuala Selangor, baru-baru ini.

Advertisement

Terdahulu, SelangorKini melaporkan beliau pada majlis itu turut menyampaikan sumbangan sebanyak RM275,000 kepada 55 masjid di daerah itu.

Mengulas lanjut, Amirudin berkata beliau berpuas hati dengan tatacara operasi piawai (SOP) yang ditunjuk jemaah di masjid.

Katanya, perkara itu berdasarkan kunjungan beliau di beberapa masjid ketika jelajah sepanjang Ramadan ini.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top