BM | EN | 中文

Selangor rancang teruskan Festival Makanan Jawa tahun ini

Selangor-rancang-teruskan-Festival-Makanan-Jawa-tahun-ini.jpg

Borhan Aman Shah (dua, kiri) menyaksikan isteri Menteri Besar Selangor, Datin Seri Masdiana Mohamad (tengah) menyediakan Nasi Ambeng sambil dibantu Chef Suwarsi M Arukin (dua, kanan) dalam Program `World Food Day 2021′ Makanan Tradisi Negeri Selangor di Kampung Sungai Lang Tengah, Banting pada 16 Oktober 2021 (Gambar Ehsan SelangorKini)

Advertisement

BANTING, 17 OKT: Kerajaan Selangor merancang menganjurkan Festival Makanan Jawa tahun ini sebagai usaha mempromosikan keunikan makanan masyarakat tersebut kepada pelancong tempatan dan antarabangsa.

Exco Kebudayaan dan Warisan, Borhan Aman Shah bagaimanapun berkata, penganjuran pesta berkenaan tertakluk kepada kelonggaran tatacara operasi piawai (SOP) dalam fasa pelan pemulihan negara (PPN).

Katanya, festival dijangka berlangsung di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Sepat mengetengahkan makanan seperti nasi ambeng, soto jawa, pecal dan ubi ketuk termasuk air kelapa muda.

Advertisement

“Insya-Allah, kita akan buat tahun ini sekiranya pelancong dari luar negara dan himpunan fizikal dibenarkan dalam skala besar.

“Festival ini berpotensi menarik pelancong kerana menampilkan kelainan daripada segi makanan. Saya percaya mereka (pelancong) sama ada dari Eropah atau Timur Tengah akan teruja apabila melihat makanan lain dari yang lain,” katanya, lapor SelangorKini.

Borhan berkata demikian pada program Visit MyKampung @ Homestay Kampung Sungai Lang Tengah di sini sempena Hari Makanan Sedunia 2021 semalam yang turut dihadiri isteri Menteri Besar Selangor, Datin Seri Masdiana Mohamad.

Advertisement

Untuk rekod, beliau berkata festival sama dua tahun lalu di Kampung Endah, Morib mendapat sambutan menggalakkan daripada pelancong tempatan dan antarabangsa.

“Bukan sekadar pelancong tempatan, malah ramai pengunjung dari luar negara datang memeriahkan pesta ini antaranya Amerika Syarikat, Jepun, Filipina,” katanya.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top