BM | EN | 中文

Selangor rancang buka kawasan pelancongan, tempat bersejarah kepada pelawat

muzium-kuala-selangor.jpg
Advertisement

PETALING JAYA, 21 OGOS: Kerajaan Selangor meneliti untuk membuka beberapa kawasan pelancongan dan tempat bersejarah kepada pelawat apabila Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilonggarkan.

Exco Kebudayaan dan Warisan, Borhan Aman Shah berkata, ia sebagai usaha membantu merancakkan semula sektor pelancongan yang terkesan akibat pandemik Covid-19.

“Kita juga merancang untuk menganjurkan beberapa program kemasyarakatan apabila PKP dilonggarkan seperti pertandingan permainan wau dan gasing.

Advertisement

“Setakat ini penganjuran aktiviti dalam talian seperti Senandung Aidilfitri, Rentak Selangor dan anugerah Hadiah Sastera Selangor dapat sambutan menggalakkan,” kata Borhan Aman Shah, lapor SelangorKini.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada program Vaksin Selangor (Selvax) di pusat pemberian vaksin (PPV) Tropicana Gardens Mall di sini hari ini.

Pada 1 Mac, Kerajaan Negeri julung kali menganjurkan Program Rentak Selangor secara maya dengan menampilkan 10 jenis kebudayaan.

Advertisement

Program yang bersiaran selama satu jam di Warisan Hall Studio Sijangkang, Kuala Langat mempersembahkan tarian pooja, muzik gambus, tarian kuda dan muzik cempuleng.

Program itu juga menjadi platform anak untuk seni untuk membuat persembahan dalam tempoh PKP.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top