SHAH ALAM, 27 JUN: Sejumlah 2,000 dos vaksin Covid-19 akan diperuntuk kerajaan Selangor kepada penggiat sektor pelancongan.
Exco Pelancongan Selangor Hee Loy Sian berkata, vaksin suntikan lengkap dua dos itu bakal memanfaat 1,000 penerima yang antara lain bagi mengekang jangkitan wabak apabila sektor kembali beroperasi.
“Pengusaha hotel, pemain industri yang belum divaksin boleh berbincang dengan Tourism Selangor bagi mendapatkan suntikan itu,” kata Hee, lapor SelangorKini.
Beliau menyatakan perkara tersebut pada program Bual Bicara:Strategi Selamatkan Industri Pelancongan.
Program disiarkan secara langsung melalui Facebook Media Selangor dan YouTube SelangorTV.
Menurutnya pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menyebabkan sektor pelancongan negeri kini terjejas teruk berbanding pendapatan RM15.5 bilion yang dijana pada 2019.
“Sekatan pergerakan menjejaskan banyak industri sama ada hotel atau kedai makan… kita harap supaya sektor pelancongan dapat kembali dibuka,” katanya lagi.
Johorkini