BM | EN | 中文

Selangor peruntuk RM211.11 juta perkukuh pendidikan Islam untuk tahun 2021

masjid_selangor.jpg

Grafik Ehsan SelangorKini

Advertisement

SHAH ALAM, 26 NOV: Kerajaan negeri Selangor memperuntukkan sejumlah RM211.11 juta khusus untuk pendidikan Islam pada 2021.

Setiausaha sulit kepada Menteri Besar Selangor, Saifuddin Shafii Muhamad berkata peruntukan tersebut sebagai komitmen kerajaan negeri memartabatkan pendidikan Islam tanpa menjejaskan institusi pendidikan lain.

“Sumbangan untuk pendidikan Islam perlu dilihat secara holistik mengambil kira keseluruhan ekosistem persekolahan pelajar sehingga mereka menjadi sebahagian daripada tenaga kerja,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Advertisement

Menurut beliau peruntukan pendidikan Islam negeri ini meliputi:

– RM1.1 juta caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) kepada 4,200 guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (Kafa).

– RM10 juta pembinaan Sekolah Rendah Agama (SRA) Denai Alam dijangka siap tahun hadapan.

Advertisement

– RM11 juta pembinaan SRA Ehyaul Falah, Sabak Bernam dijangka siap tahun hadapan.

– RM12 juta pembinaan Maahad Integrasi Tahfiz Selangor (MITS) Pandan Indah, Hulu Langat dan MITS Bagan Lalang, Sepang dijangka siap tahun hadapan.

– RM5.6 juta pembinaan Akademi Syahadah Tahfiz Al Faizin, Kuala Selangor

Advertisement

– RM2 juta program ‘Fast Track’ Tahfiz bagi memberi peluang penajaan kepada pelajar tahfiz layak untuk mengambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

– RM2 juta program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

– Pembinaan sembilan masjid dijangka siap tahun hadapan.

Advertisement

– Pembiayaan mengurus Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) .

– Peruntukan membaik pulih masjid dan surau seluruh negeri .

– Sumbangan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) sebanyak RM200,000 dalam bentuk komputer riba kepada 42 SRA dan Kafa.

Advertisement

– Sumbangan Worldwide Holdings, Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) dan Lembaga Zakat -Selangor (LZS) dengan jumlah tertinggi disumbangkan LZS sebanyak RM2.2 juta untuk naik taraf karpet surau SRA .

Dalam kenyataan sama, beliau menyifatkan tohmahan dilemparkan berhubung agihan bantuan infrastruktur sekolah di seluruh negeri ini dengan peruntukan berjumlah RM22.473 juta sebagai prasangka jahat dan tersasar daripada realiti.

Katanya sumbangan yang begitu banyak untuk pendidikan dijadikan bahan politik sesetengah pihak tidak bertanggungjawab.

Advertisement

“Diharapkan penjelasan ini membuka mata dan hati mereka yang terlibat agar tidak cuba mempolitikkan hal ehwal agama Islam dan pendidikan di Selangor,” katanya.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top