BM | EN | 中文

Selangor peruntuk RM1 juta bina kebuk sampah, urus sisa pepejal di kawasan kampung

Borhan-Aman-Shah-Pembangunan-Luar-Bandar-dan-Kampung-Tradisi-Selangor.png
Advertisement

SHAH ALAM, 1 NOV: Pembinaan kebuk sampah di kawasan kampung diyakini dapat menguruskan pembuangan sisa pepejal lebih teratur, kata Exco Pembangunan Luar Bandar dan Kampung Tradisi Selangor, Borhan Aman Shah.

Gambar Hiasan

Katanya, peruntukan RM1 juta menerusi Belanjawan Selangor 2021 dapat menjaga persekitaran kampung sekali gus mewujudkan masyarakat lebih sihat.

“Kebuk sampah ini dijangka akan dibina secara berperingkat mengikut keperluan, oleh itu saya amat berharap supaya kemudahan ini dimanfaatkan penduduk sebaiknya.

Advertisement

“Pada masa sama, saya menggesa penduduk menjaga kebersihan memandangan industri pelancongan kini lebih tertumpu dalam negeri ekoran pandemik Covid-19, jadi selain bandar persekitaran kampung perlu dijaga,” katanya, lapor SelangorKini.

Terdahulu Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari mengumumkan pembinaan kebuk sampah di kampung tradisi untuk mengawal pembuangan sisa pepejal yang boleh memudaratkan rakyat dan kawasan sekeliling.

Beliau berkata isu longgokan sampah tidak terkawal di kawasan kampung dan pembuangan oleh pihak tidak bertanggungjawab masih menjadi ancaman terhadap kelestarian alam sekitar.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top