BM | EN | 中文

Selangor percepat proses pulih ekonomi pasca banjir, pandemik – MB

MB-Selangor-Amirudin-Shari.jpg

Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari (Gambar Ehsan Mukhriz Hazim)

Advertisement

SHAH ALAM, 2 FEB: Selangor akan mempercepatkan proses pemulihan ekonomi pasca banjir dan pandemik Covid-19 tahun ini.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata ia bagi memastikan negeri ini terus berada di landasan pembangunan ekonomi yang kukuh.

“Tahun ini kerajaan akan mempercepatkan proses pemulihan ekonomi pasca banjir dan pandemik demi memacu pembangunan untuk memastikan negeri terus mengukuhkan sebagai pusat pertumbuhan utama ekonomi yang mampan di Malaysia dan rantau Asia.

Advertisement

“Saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Tahun Baharu Cina kepada semua yang meraikan perayaan ini sama ada di Malaysia dan Selangor,” katanya, lapor SelangorKini.

Beliau berkata demikian menerusi program Sambutan Tahun Baharu Cina 2022 peringkat Selangor yang berlangsung secara maya di Facebook Mandarin Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari @ami.mbselangor.

Program selama lebih 90 minit dari jam 9 malam itu menampilkan 10 persembahan daripada 55 artis tempatan dan ucapan ringkas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

Advertisement

Sambutan diteruskan secara dalam talian buat edisi kedua selepas dilaksanakan tahun lalu susulan penularan Covid-19 yang belum reda.

Program itu turut memberi peluang kepada orang ramai tanpa mengira kaum memenangi angpau berjumlah RM10,000 dengan menyediakan ucapan kreatif yang boleh ditulis dalam pelbagai bahasa.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top