BM | EN | 中文

Selangor pastikan kampung tradisi nikmati pembangunan, kekal nilai budaya

Borhan-Aman-Shah-membuat-lawatan-ringkas-ke-Galeri-Kraf-Bunga-Tekap-ketika-Program-Kita-ke-Kampung-Edisi-Khas-Kraf-di-Kampung-Sungai-Lang-Tengah-Kuala-Langat.png

Borhan Aman Shah membuat lawatan ringkas ke Galeri Kraf Bunga Tekap ketika Program Kita ke Kampung Edisi Khas Kraf di Kampung Sungai Lang Tengah, Kuala Langat (Gambar Ehsan SelangorKini)

Advertisement

KUALA LANGAT, 7 FEB: Kerajaan Selangor akan memastikan kampung tradisi bergerak seiring arus permodenan tanpa mengenepikan nilai budaya dan identiti diamalkan.

Exco Pembangunan Luar Bandar dan Kampung Tradisi Selangor, Borhan Aman Shah berkata aspek tersebut perlu dijunjung sepanjang masa bagi mengekalkan keceriaan serta keharmonian masyarakat.

“Ada kampung sudah diterokai bandar dipanggil kampung pesisiran pantai, jadi kita tidak mahu ia hanya tinggal kampung tetapi banyak pembangunan sehingga tiada lagi identiti.

Advertisement

“Keadaan itu menyebabkan tiada lagi penduduk mengadakan gotong-royong, majlis rewang dan kenduri-kendara. Kita tidak menolak pembangunan tetapi kekalkan hidup bermasyarakat di kampung,” katanya, lapor SelangorKini.

Borhan Aman Shah berkata demikian selepas Program Kita ke Kampung Edisi Khas Kraf di Kampung Batu Laut, Tanjung Sepat pada 6 Februari.

Sementara itu, beliau berkata pihaknya merancang menganjurkan pertandingan kesenian peringkat kampung hingga negeri secara maya dalam usaha menyemarakkan budaya dan warisan Melayu seperti berbalas pantun, marhaban, berzanji, keroncong serta tarian.

Advertisement

“Ia akan dilaksana walaupun agak terhad disebabkan Covid-19 kerana penganjurannya mampu menarik minat penyertaan anak muda.

“Kalau kita tengok pertandingan lagu tradisi sebelum ini, majoritnya disertai anak muda 20-an malah menjuarai acara tersebut dan ini membuktikan mereka betul-betul minat,” katanya.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top