BM | EN | 中文

Selangor negeri pertama pinda peraturan untuk sidang DUN secara hibrid

dewan-negeri-selangor.jpg

Persidangan sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) di Bangunan Annex pada 24 Ogos 2021 (Gambar Ehsan SelangorKini)

Advertisement

SHAH ALAM, 31 OGOS: Selangor menjadi negeri pertama yang membuat pindaan peraturan tetap untuk mengadakan sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) secara hibrid pada masa akan datang.

Speaker Ng Suee Lim berkata pindaan ke atas Peraturan Tetap 21 dan 69(4) membolehkan persidangan secara maya dijalankan sekiranya berlaku situasi luar jangka yang mendatangkan kemudaratan seperti pandemik Covid-19.

“Ia telah diluluskan semua Ahli Dewan Negeri (ADN) untuk diserah kepada jawatankuasa peraturan tetap bagi membincangkan pengisian yang rapi.

Advertisement

“Selepas ini jawatankuasa tetap dipengerusikan saya bersama enam lagi ahli termasuk pembangkang akan bersidang dan bermesyuarat bagi membincangkan pengisian lebih jelas supaya dibentangkan pada persidangan akan datang untuk diluluskan,” katanya, lapor SelangorKini.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas sidang DNS di Bangunan Annex di sini semalam.

Suee Lim menegaskan persidangan secara hibrid itu adalah pilihan terakhir sekiranya situasi benar-benar di luar jangka.

Advertisement

“Kita harap pandemik Covid-19 ini dapat dikurangkan kerana kalau boleh kita tidak mahu mengadakan persidangan seperti itu,” katanya.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top