BM | EN | 中文

Selangor negeri pertama di Malaysia buat saringan Covid-19 dari rumah ke rumah

Amirudin-Saari-mb-Selangor.jpg
Advertisement

HULU KLANG, 11 APRIL: Kerajaan Selangor hari ini memulakan saringan besar-besaran Covid-19 dari rumah ke rumah bagi memutuskan rantaian wabak itu di negeri ini, kata Menteri Besar, Amirudin Shari .

Portal berita Selangorkini melaporkan Amirudin sebagai berkata, saringan itu pertama kali dibuat di Malaysia yang membabitkan proses saringan beramai-ramai dalam satu masa.

Beliau berkata sebanyak 500 saringan dijangka dibuat pada hari pertama manakala lokasi saringan dan keputusannya dijangka diketahui paling awal dalam tempoh 24 jam.

Advertisement

“Hasil daripada kajian itu kita akan tengok sama ada perbelanjaan kita bersesuaian atau susun semula tindakan,” katanya ketika ditemui selepas menyampaikan bantuan kepada penduduk di Dewan Undangan Negeri (DUN) Hulu Klang di Dewan Serbaguna MPAJ AU5 Lembah Keramat di sini hari ini.

Sementara itu dalam satu kenyataan Amirudin berkata langkah itu dilakukan dengan kerjasama kerajaan negeri bersama pihak swasta dan disokong para sukarelawan dengan penyelarasan oleh anak syarikat Kerajaan Negeri, SELCARE.

“Saringan skala besar ini merupakan yang pertama di Malaysia dalam usaha melandaikan keluk (flattening the curve) dengan menjalankan 400 hingga 500 ujian saringan sehari agar lebih banyak kes yang dapat dikenalpasti, terutamanya mereka yang berisiko tinggi seperti warga emas dengan bantuan analisis data raya (big data analysis).

Advertisement

“Misi saringan ini dilaksanakan mengikut prosedur dan pengawalan yang ketat, dengan penggunaan peralatan perlindungan peribadi (PPE) dan pematuhan pada penjarakan sosial (social distancing),” katanya lagi.

Saringan besar-besaran itu dilaksanakan Pasukan Petugas Pencegahan Covid-19 Selangor (STFC) susulan kebimbangan peningkatan jangkitan Covid-19 di Selangor iaitu 1,148 kes sehingga semalam, tertinggi di Malaysia.

Strategi pasukan itu adalah untuk menambah jumlah ujian saringan di beberapa lokaliti tertentu terutama di zon merah yang merekodkan lebih 40 kes.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top