BM | EN | 中文

Selangor lanjut tarikh mohon bantuan RM1,000 untuk siswa baru

Amirudin-Shari-MB-Selangor.jpg
Advertisement

SHAH ALAM, 21 SEPT: Permohonan Hadiah Pengajian Institut Pengajian Tinggi (HPIPT) berjumlah RM1,000 yang sepatutnya berakhir pada 11 September dilanjutkan hingga Jumaat ini.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata beliau menggalakkan keluarga berpendapatan bawah RM5,000 segera membuat permohonan tersebut.

“HPIPT atau Hadiah Masuk Universiti ini merupakan hasrat Kerajaan Negeri bagi mengurangkan keciciran bantuan dalam hal pendidikan atau kesejahteraan keluarga.

Advertisement

“Dengan bantuan ini diharapkan segala urusan berkaitan pengajian bagi anak-anak Selangor dapat dipermudahkan sekaligus melahirkan siswa Selangor yang bertauliah.

“Sebarkan berita ini kepada keluarga, saudara dan mereka yang memerlukan,” katanya dalam kenyataan yang dimuatnaik di laman facebook beliau hari ini.

Hadiah Anak Masuk Universiti (HPIPT) dilaksanakan sejak 2008 oleh kerajaan Pakatan Rakyat bagi pelajar daripada keluarga berpendapatan RM3,000 ke bawah untuk melanjutkan pengajian ke IPTA atau IPTS.

Advertisement

Program itu diteruskan oleh pentadbiran Pakatan Harapan di Selangor dengan penambahbaikan melalui kenaikan syarat pendapatan isi rumah.

Permohonan bagi HPIPT boleh dibuat melalui pautan berikut : hpipt.selangor.gov.my .

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top